List All Products |
|
|
Advanced Search |
|
| Show Cart | |
|
Your Cart is currently empty.
|






![]() | Hari ini | 1000 |
![]() | Semalam | 979 |
![]() | Minggu ini | 7066 |
![]() | 0 | 7590 |
![]() | Bulan ini | 19763 |
![]() | 0 | 39237 |
![]() | jumlah | 273598 |
Ingin membuat tempahan menjahit namun saudara mungkin menghadapi masalah :-
Memang benar, masalah diatas juga sering diluahkan oleh pelanggan-pelanggan kami. Tidak ramai tukang jahit yang benar-benar mahir menjahit batik sutera. Ini kerana batik lukis mempunyai susunan corak dan rekaan motif yang berbeza jika dibandingkan dengan kain ela biasa. Kemahiran yang terpenting adalah cara memotong bahagian-bahagian kain. Jika tersilap, kain mungkin tidak cukup atau lukisan batik bertindan dengan jalur jahitan. Di sini, kreativiti tukang jahit amat diperlukan ibarat seorang penggubah membuat gubahan bunga.
kami sedia membantu saudara agar tampil anggun dengan batik sutera eksklusif kami.
Bagaimana membuat tempahan menjahit baju sutera secara online
Kami mempunyai tukang jahit yang sangat mahir menjahit batik sutera. Diimport khas dari Kuala Terengganu. Saudara boleh hasil kerja tangan di sini “Koleksi kurung sutera”.
Perkhidmatan yang kami tawarkan adalah secara online. Saudara tidak perlu bersusah payah datang mencari kami. Cuma dapatkan ukuran baju. Jimat masa jimat belanja. Caranya mudah saja
Buat pembelian kain sutera secara online melalui laman web ini.
Bayar harga kain. SMS “ Tempahan Menjahit Baju Kurung” ke no 019-3862311. Sebagai pilihan, saudara juga boleh buat pembayaran untuk upah menjahit sekaligus (lagi mudah, tau-tau dah terima baju yang siap berjahit).
Sila muat turun templat di bawah untuk untuk ukuran baju kurung. Isikan selengkapnya nama, no telefon, alamat penghantaran, kod kain dan ukuran baju. Simpan maklumat (save) dan emailkan ke This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it
PDF FILE:
EXCEL FILE:
Kami akan maklumkan kepada saudara setelah baju siap dijahit. Buat pembayaran untuk upah menjahit sekiranya belum berbuat demikian.
Baju saudara akan dihantar terus ke alamat yang diberikan.
Copyright © 2010 sri warisan batik
Designed by i-cons.